Assalamu'alaikum, ahlas wasahlan! Don't forget to leave your footprints here :)
Islam Syumul ;
TWITTER ASK.FM INSTAGRAM I INSTAGRAM II TUMBLR

profile chat entries credits +follow home


-


What happened to me?
Wednesday, September 23, 2015@9/23/2015 11:05:00 AM
Assalamualaikum, readers. Aha! 
Masih ada ke yang membaca after been a long time I didn't update? Lulz. I hope so. 

Nehh. Sekarang ana sudah berada di tingkatan 5. Oh yeah! SPM 😭😭😭. 

Sekarang dah lepas trial. Alhamdulillah for my results & kuciwaa sikitlah but nevermind I'll try my hardest best in spm ((pray for me)).

What's wrong with my title today? What happened to me? Oh nooooooo! Lulz. 

Nothing just get in the way. How fast time flies... Ana dah nak keluar sekolah dah ni. Couldn't believe! But thats the truth. I'm so sad... I never get an A for my eng subject for this year 😞. Tahun lepas selalu ja dapat but I don't know what's coming into me this year. But, I could analysis why my eng subject didn't get an A, at all; 

🐰 tahun ni ana rasa dah kurang practice english. Speaking pun jarang. I think that's why. I wanted to speaking. I really want but the situation in my school makes me not to. Why? Idk. Does speaking English can commit sin? Kinda weird & awkward arghh I just don't know. 

🐰 kurang baca eng novels. For that one, I admitted. Sebab? Bila masa nak baca & bringing novels to the school is prohibited!! Ya Allah... Kalau takda orang buat hal pasal novel, mesti dah boleh bawak. It affects everyone! Troublesome. 

🐰 kurang speaking in daily life. Masa sekolah harian dulu, I was always speaking with my friends & saling membetulkan antara satu sama lain. And dulu juga, I will speaking with my mom, dad & siblings. But what happened now? Nak speaking pun jarang2 nnt dikatakan bajet. Hey come on! English language is very important. Macam mana nak sebarkan dakwah kepada orang bukan melayu? Sanggup ke nak belajar mandarin, tamil, & whatever languanges that exist in the world? ((unless you do)).

I can only practice my speaking when I'm at home. How sad.. I wanna read eng novels.. I wanna sing.. I wanna know whats happening in the world out there. 


Ya Allah. 
I hope you all can open your mind & jangan jadi jumud. Learning English language is a needy. Practices make perfect! In shaa Allah. Pray for me for my spm, the nearest & biggest exam. Thank you for reading & assalamualaikum 😃 


New life in 2014
Thursday, March 27, 2014@3/27/2014 10:44:00 AM
Assalamu'alaikum..kekeke.
It's been a long time, isn't it? haha.
I've been busy lately ((since I'm new to form 4))
Alhamdulillah, Allah knows what I've been through since this February until now!
He answered..He grant my wishes. Alhamdulillah, I'm so thankful.
He is Hearing, we are His slaves, servants. kan?

Just thankful for my PMR result. My Mak & Abah never gave up praying, fasting for me during the examination :'( Syukran jiddan, mak abah :)

It's a new life again! All right, I'm not that excited bcos my bertimbun homeworks are calling me. uh.
New life, new subjects are just...........perf! I'm dying to it! Hahaha.
Alhamdulillah, finally.....hehe.
aku kena rajin! it's a must! next year dah spm. kena rajin skrg T_T
I've been in my new school was about 16 days ago. Ok budak baru since I'm the third intake wakakaka.
Sebelum ni, ana dapat science stream. Masuk sekolah baru pun, ditawarkan sains agama tapi ana mintak tukar akaun agama. Back then, ana mmg nak lari dari science subjects hahaha. kenapa? kemampuan ana bukan kat situ ((based on my pmr result)) &&& Abah pun cadangkan amek akaun tapi dpt sains...
And finally Allah grant Abah's wish. Dapat gak akaun. Syukur.

Sekarangggggggg, akaun ana masih lagi ZERO hahahaha kenapa? yelah, selama ni amek sains T_T
kena study balik & dorang ni laju. Dah bab 4 dah akaun. Ana? haha masih betatih lagi. Lagi 5 minggu nak mid-term wuiiii. Serious seraaaamm. Doakan ana eh hehe.

Boarding school wasn't that bad. Tak seperti orang kata, orang sangkakan ;p
Memang rasa janggal memula masuk asrama. Pes taim katekooo. Selama ni sekolah harian je huhu.
Homesick? Bkn nak kata apa, tapi tak sangatlah since ada kawan-kawan yang terdampar kat sini jugak walaupun yg third intake tu bukan sama sekolah dgn ana, tp sekolah kawan ana dua org ni dr sekolah kira satu daerahlah dgn sekolah lama ana. Jadilah, jejak kasih....lol.

KL-Sabak Bernam....tersangatlah jauh. Tapi bila dah biasa, takde dah rasa jauh. Even 2 jam perjalanan tu pun tak terasa jauh pasal dah terbiasa. <-- That's what my Abah said :p

Nak pergi sekolah baru aku ni, banyakkkkkk sangat makanan yg gerai semua tu. kan lalu Kuala Selangor~ Sape tak tahu apa ada kat KS ni tak tahulah. Syok gilossssssss. Itu kelebihan KS. Sabak Bernam ni ada pekan dia kat Sg. Besar. Situ ada memacam. Best jugak. Alaaaa semuanya bestlah kat sini.
Sekolah ana kira terperosok sikit pasal dalam kampung. Memalam sangaaaat sejukkkk fufufufu.

Aktiviti kat sekolah ni pun best alhamdulillah. InshaAllah 5/4 ni ada kawad peringkat sekolah. Doakan Puteri Islam! hehehe. Oklah, homeworks dah panggil. takleh nak blabbering lelama. ilaliqo'. Assalamu'alaikum!



Sebelum Terlambat.
Thursday, November 07, 2013@11/07/2013 09:38:00 PM
Assalamu'alaikum wrt. wbt.
Ana mahu terus straight to the point na.

Kepada classmates ana, 3KAA;
aku nak minta maaf kepada korang semua andai aku terlalu kasar cakap dengan korang.
maaf, kalau suara aku atau cara aku cakap macam aku marah tapi sebenarnya tak. itu mmg suara aku so nak buat cemana hem
- maaf, kalau aku gagal jadi bendahari yang terbaik buat korang. tak amanah ke, terkasar masa nak kutip duit. aku maafkan korang bilamana aku pergi satu ke satu tempat dengan senyuman & korang panggil aku    "Ah Long". Takpa, benda dah lepas. Anyway, aku sangat berterima kasih kat korang sebab sudi bayar dui kelas & memenuhkan 'tick' dalam sesuatu bulan. Happy sangat masa jamuan kita haritu :)
- untuk budak perempuan, aku mintak maaf tak dapat jadi formen yang bertanggungjawab ke apa-apa jelah. Eheh.
- untuk jiran aku yang menemani aku selama setahun, sanggup melayan kerenah aku, masa aku bengang korang tenangkan aku hahahaha, terima kasih sebab sudi jadi jiran aku, wahai Ain & Atiqah.
- ni ni, pembantu setia aku dalam mengutip duit kelas, Fatin Farhana TT_TT terima kasih sebab tolong aku kutipkan duit kelas. cara kau memang berkesan! maaf sebab membebankan kau. Dahlah Penolong Ketua Kelas, tak pepasai part time amek tugas aku kutip duit kelas pulak huwaaa so sorry! Jzkk, may Allah bless you!
- teman sekepala aku, team kpop lol, Fatin Liyana. Terima kasih jadi sekepala aku. Dialah teman yang paling banyak benda aku rebutkan. Kejap itu dia punya, kejap ini aku punya wahahahaha gonna miss that one xD

Maaf, maaf. Itu yang aku ucapkan selama kita satu kelas atau lebih sinonim dengan satu family kekeke. KAArians Family. cewwah!

Nampaknya, tahun depan kita dah masuk alam baru lagi. Misi baru ((SPM)).
Ramai antara suhbah ana nak pindah......insha'Allah, ada umur panjang, ada jodoh pasti kita bertemu lagi.
Jangan sedih-sedih. La tahzan! Gunakan generasi kita ini sebaiknya. Whatsapp, Wechat, Kakao Talk, Skype, Facebook, Ask.fm & paling kita semua ada is Twiderrr, aye? So, nak sedih buat apa? Chill! Manfaatkan sebaiknya ya, sahabat-sahabat aku sekalian. :D

Aku rasa tahun ketiga ni lah aku rasa kita semua paling rapat. Lelaki & perempuan dapat bekerjasama.

UHIBBUKUNNA/KUM FILLAH! Sayang aku semua sama rata. Semoga kita dapat berjumpa lagi. Mungkin bukan di dunia, tapi di Syurga, insha'Allah.

Kita sahabat till Jannah, insha'Allah. Moga ukhuwah kita yang terbina selama 3 tahun ini diredhai Allah.
Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan.

Al-Baqarah : 216
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”


Wallahua'lam. Assalamu'alaikum wrt. wbt.





Kena Batang Hidung Sendiri
Wednesday, November 06, 2013@11/06/2013 10:02:00 PM
Assalamu'alaikum. Just wanna share something.
Pesanan ini untuk diri ana & juga pembaca :)

"Jika kita tak mahu tolong Nabi, tak mahu tolong agama Allah,
bayangkan, binatang yang sekecil-kecil itu boleh tolong agama Allah,
dan tidak mustahil binatang kecil itu boleh malukan kita."

kata-kata itu diinspirasikan oleh Ustaz Don Daniyal melalui dakwah beliau dalam 30 Minit Ustaz Don. H
Hiks.

Insha'Allah, semoga bermanafaat.
Last but not least, bittaufiq wannajah to all SPM candidates 2013 :)
Bergantung pada usaha & jangan bergantung pada hasil.
Sekian, assalamu'alaikum.


Kehidupan.
Monday, October 21, 2013@10/21/2013 08:48:00 PM
Assalamu'alaikum wrt wbt, readers :)
Alhamdulillah, selesai sudah PMR pada 12 hari yang lalu ((9hb Okt))
Perasaan mesti ah mcm...dah lepaskan segalanya! hahaha. Tetapi, kebahagiaan ((cehh.. kebahagian lol)) ni tak kekal lama pun.. tahun depan dah Form 4 :( alam baru lagi.....

Plus, sekarang dah Zulhijjah. So, bermakna, bulan depan kita umat Islam dah tahun baru iaitu Muharraam! Alhamdulillah, inshaaAllah :)) Lunar Calendar lambat erm.

Tapi, bukan itu tajuk untuk entry ini hehehe..
ok, kalau tak berminat nak teruskan, takpa. ana pun rasa entry ni cam pape tah korang pun mesti rasa, "baik takyah post" lol. //tangan di bahu//

Sejak ana lahir lagi, memang dilahirkan kawasan keliling mesti ada kucing. Family ana semua suka kucing. Sebenarnya bermula dari nenek belah ummi ana, sampai berbelas-belas ekor arwah bela. Ana ingat sekor kucing ni. jantan. warna coklat. hidung dia pun warna coklat. comel. arwah atok beri nama dia Mickey. hikhik. Comel kan? :D Dalam berbelas tu, kucing tulah ana paling suka.

...........sampai ana berumur 6 tahun, kucing tu dah takda.. arwah cakap, kucing kalau dia nak 'pergi', dia akan menghilangkan diri.. ana pun, alahai masa kecik, mestilah pertikai, tanya memacam such as, kenapa dia pergi, kenapa kucing ada misai, kenapa misai kucing warna putih sedangkan manusia warna hitam & else. hehehhe

Drpd ana kecik saaaaaampai darjah 6, arwah atok & arwah tokwan yang jaga ana. Mak & Abah akan jemput ana lepas Maghrib & pulang ke rumah. Kadang, ana tidur rumah atok. Kediaman rumah atok ana ni, semua lengkap! bandarlah kiranya. mmg sekolah depan rumah atok je. Bayangkan tadika ana depan rumah hahaha kalau terlupa bawak buku, terus lari balik rumah atok amek buku. hihihi. Hingga kini, Form 3 (2013) ana still sekolah near to my grandparents' house. Setiap hari, Abah akan hantar ke sekolah & masa balik tengah hari tu balik rumah atok &&& pada waktu petang pulak sekolah agama, Tokwan hantar. Dan ia berulang-ulang mcm tu lah rutin harian ana. kecuali hari Sabtu & Ahad, ana duduk rumahlah.

Masa ana 6 tahun,.....atok ana menghidap sakit jantung &...kembali ke Rahmatullah..Masa tu, ana mmg tak rasa apa..sedih macam tak sedih..terkedu sebenarnya. Kucing-kucing yang arwah atok ana bela semua tu, dah takda. Lagipun, tokwan tak berapa suka sangat dengan kucing. Arwah nak jaga kucing-kucing pun sebab arwah sayangkan arwah atok :') sweet gila kan? cinta sampai ke tua & syurga :') Arwah tokwan sayang sangat sangat sangat sangat dekat arwah atok. Sampai arwah tak sampai hati nak kahwin lagi sebab sayang sangat dekat isteri dia. Hampir setiap hari, tokwan pergi ke kubur atok untuk bersihkan tanah & tanam pokok kat kubur atok. Sangat sangat sangat setia...Allahu....

Tokwan jaga ana dengan baik alhamdulillah. Actually bukan ana sorang je dia jaga. 10 cucu dia jaga termasuk semua siblings ana & cousins ana. Memang ramai & riuh rendah suasana dia. Hahaha itu masa kecik semua tak kisah main tibai jelah hahahaha. Sungguh, ana rindu semua tu :((((((((

Ana masih bela kucing kat rumah ((sampai sekarang)). Pada mulanya, parents ana tak setuju. Disebabkan, ana suka sangat kucing, parents ana pun setuju, alhamdulillah. hihi.

Masa ana berumur 12 tahun ((darjah enam)) & korang pun tahu kan ada UPSR. Lepas UPSR tu, alhamdulillah semua selesai. Pastu nak tunggu result je lah kan. & arwah tokwan pula pergi.......Allah lebih sayangkan arwah atok & tokwan. Mereka di Syurga kan? :')) hem. Ana tak sempat nak tunjuk result UPSR ana kat Tokwan... time tu baru ada feelings sedih hemmm wuuuuu :'((

Lepas Tokwan dah takda, abang saudara ana tolong tengok2kan ana & adik saudara ana ((adik kepada abang saudara tadi)) sampailah hujung tahun..

Bermula alam baru! PMR last batch k o n o nnnya haha. Dah masuk Form 1 :) Masa Form 1 tu ana ada buat surat rayuan utk masuk sekolah berdekatan dgn rumah ana. Yelah, nak duduk rumah tok pun takda siapa nak jaga. My parents kerja. Unfortunately, takda rezeki :( tak dapat sekolah tu.. haha //tepuk tangan//
yayyy. Sebenarnya ana bersyukur sangat tak diterima kat sekolah tu.

& ana perlulah sekolah kat sekolah lama balik..yg berdekatan dengan rumah tok ana ni. Rumah tok ana dia ada 4 buah sekolah berderet! haaaa. dua sekolah sebelah kiri, sekolah rendah. dua sekolah sebelah kanan pula sekolah menengah. sekolah rendah ana pun yg berderet dlm 4 buah sekolah tu jugak & same goes to secondary, ana pun dalam golongan 4 buah sekolah tu lol.

Masa first day masuk Form 1, memang awkward gila pakai kain biru wuuu haha & sesi persekolah ana tu sesi petang so balik dlm pukul 6.30 ptg gitu pastu terus balik rumah tok. Dekat rumah tok tu, takda siapa so ana stay sorang2 dulu sampai ayah ana jemput dlm lepas Maghrib.. sorang-sorang......haha. Memang hard sikitlah awal tahun tu.

Kemudian, ana dengar pasal 'KAA' & istimewanya, itu belah pagiiii & tidak istimewanya, balik pukul 4 petang drpd 7 pagi tu! Ok, tu typical lah. Mak ana pun syorkan masuk KAA. Ana memula taknak sebab ada Bahasa Arab. Lepas mak habis pujuk, alhamdulillah ana lembut hati. Salah satu sebab ana lembut hati adalah sebab, abah ana nak kena jemput waktu malam kalau ana sekolah petang. Dahlah duduk sorang-sorang. Mesti risau & macam membebankan abah ana pulak. Dahlah balik kerja pastu nak jemput ana & taknak Bahasa Arab tu lupus macam tu ja.

Awal bulan Februari, alhamdulillah. ana diterima masuk KAA :)) First day kat sana, memula masuk kelas tu, ana terkejut gila jumpa balik kawan sekolah agama & sekolah rendah dulu. Memang tak rapat dengan dorang semua.....masa sekolah agama, ana sangat pendiam, mmg tak banyak cakap & bergaul. Tup tup, masuk form 1, jumpa dorang balik rasa cam tak sangka ana boleh rapat dengan dorang sampai sekarang alhamdulillah. Semoga ukhuwah kita till jannah ya sodiqoti! :D aamiin..

Lepas masuk KAA, balik dalam pukul 4 petang mcm tu so Abah beri kepercayaan & keyakinan ((cehhh..)) terhadap ana untuk balik ke rumah sendiri by bus. Jauh sikit lah drpd sekolah ana. Yelah, dah buat rayuan kat sekolah dekat dgn rumah tak dapat pulak erm. So, nak taknak kena balik rumah by myself~~~~~ jarak antara rumah ana & sekolah kira-kira 3.5km camtu ah. Nak balik rumah, ana terpaksa 2 kali tukar bas. Setiap kali nak balik rumah, biasanya nak balik semua pergi bustop dekat belah kiri tu tapi ana pergi belah kanan untuk tunggu bas seberang belah sana. Pastu kawan2 mesti tanya, "eh hafizah, nak pergi mana?" ana pun, "nak baliklah. rumah saya dekat seberang warta tu" dorang pun, "oh..." ana pun faham dorang sebenarnya tak faham tapi buat-buat faham hahahaha. sebab taktahu dekat mana kan.

Yelah, mcm tu lah hari-hari~~~~~ Biar merasa hidup susah, baru kenal erti bersyukur. Ada dorang lebih susah dr ana. Ana kira bersyukur lagi ada mak abah sedangkan ada yang yatim piatu..

sepanjang arwah atok takda, ana dah bela lebih kurang 20-25 ekor kucing termasuk yang dah mati dalam masa 9 tahun huhuhuhu. sekarang ana bela 2 ekor kucing. sekoq betina, sekoq jantan. so, apa jadi?


dorang dah kahwin kahkahkah

Ana jadi nenek sekarang lol. So perkenalkan kepada korang, yang belah kanan tu Moru. Dialah jantan. Banyak kerenah dia ni. Tapi dia tak banyak mengiau. Pendiam sikit tapi kalau time main tu, mmg playful betuiii. Umuq dia baru ja masuk 1 tahun (bulan Okt). Memang bela dia dari dia kecik. Terpisah dari ibunya. Moru ni import dr Behrang, Perak nun sana. lol. Dia ada kembaq tapi kembaq dia mati. So, bawak balik kl sini. 

Yang belah kiri tu, nama dia Maruko tapi tahlah. Nama tu tak melekat kat dia. So, panggil Putih ja. HAHAHAHAHA. lepas dorang ni kahwin, baru ja 4 hari lepas, Putih ni beranak. Anak dia 2 ekoq. ((jantina tidak dikenalpasti lagi)) kuikui.

Kalau time makan, dorang ni suka kacau. Dorang takleh dok dalam cage, sebab nnt pungkoq panaih ka apa ceq taktau. So, lepaskan dorang gi memana pun. So, kira 'homecat' gitu huhu. Mak ana, sampai panggil dorang, 'adik bulu-bulu'. Ana takda adik so doranglah adik-adik ana haahaha. Salu kena buli kehkeh. Mak pun, hari-hari tanya, "adik bulu-bulu dah bagi makan dah?". haha takleh blah beteii. Abah, abah tak panggil Moru tu Moru, Abah panggil "gemok" sbb dia mmg gemuk. Badan dia cepat besar.

Kakak ana pulak, panggil Moru dengan "Moxy" haha. Moru ni lebih popular sikit dalam family ana sebab dia playful. Tak macam si Putih ni. Tak playful langsung. Oh ya, umur Putih ni 3 tahun dah. Bela dari dia kecik jugak. Ibu dia pun Abah bela tapi mana pi tah. Tak nampak dah sekarang ibu dia. 'melarikan diri' lah kot..

I can't be apart from cats. They are part of my life. Siapa kat sini tak suka kucing, hang bukan geng dengan ceq tapi hang still kawan dengan ceq hehehee.

Kucing ni adalah haiwan kesukaan Rasulullah kita ya. Abu Hurairah, perawi hadith tu pun suka kucing! haa kan?

Last but not least, mohon sedeqahkan al-Fatihah untuk arwah atok & tokwan ana.. terima kasih, jzkk! hanya Allah dapat membalas jasa pembaca. :)

Jadi, kawan-kawan ana yang baca ni, sekarang korang dah tahu kan kenapa aku asyik dok ulang-alik balik rumah & tak sehaluan jalan korang balik rumah. sebarang soalan sila kemukakan di asefem aku or pm or twittah.
Ana halalkan selama ana berblogging ini, ana izinkan semua korang nak amek pape pun dari entry ni. Nak copy ka, apa ka tak kisah. Takyah seeking for my permission ok :) semuanya hakmilik Allah. Semua Dia yang punya. Kita ni hamba yang lemah, sering buat kesilapan. Mengapa harus berkira? Biar kita sedih & sembunyikan kesedihanmu, asalkan orang sekeliling kita senang & gembira dengan kita. Sedih? Allah bersama kita. Allah sayang kita :D

Thanks for reading this entry. Terima kasih. Terima kasih. Gomawo. Assalamualaikum wbt :)))



Aku Rasa..
Thursday, October 03, 2013@10/03/2013 10:42:00 PM
Assalamu'alaikum wbt. hehe. Alhamdulillah baru pass 4 papers on these two days~ & 5 papers more to go!
utk entry ini, ana ingin guna "aku" pulak. hohoho

Baru 4 papers dah lepas &&& aku rasa....HAHAHA yay aku dah besar!! ((tahap PMR ja)).
Cuba teka apa aku rasa? tekalah~~~~~~ hahaha aku rasa......shhhhh.. lol
Couldn't describe.

Mari;


Aku, cuai,
Aku, lalai,
Disebabkan kelalaian aku, aku rasakan perasaan itu,
Kau, tak faham perasaan itu.

Tapi, aku hiraukan perasaan itu,
kerna, aku yakin Dia lebih memahamiku,
Usaha, ikhtiar, tawakkal lebih baik daripada menggerutu,
Apa? hanya Allah mengenali diriku.

Dua tiga kucing berlari,
Jika itu takdir yang telah ditetapkan,
Dengan kuasa-Nya aku masih lagi berdiri,
Aku mengambil ia sebagai pengajaran yang Dia berikan.

Setiap manusia pasti ada dugaannya,
Jika kau kuat pasti kau dapat mengharunginya,
Lintasan onak & durinya,
Nescaya kau dapat ganjarannya.

Keyakinan,
Ia juga perlu mantap selain iman,
Sekarang, apa yang kau perlukan?
Bangkit & berserahlah! Kau hanya perlukan keyakinan!

Sekian. Hanya itu untuk malam ini. *kipas muka* *minum Milo*
Selamat malam.
Titipkan doa buat diriku & para sahabatku yang mengambil PMR 2013 juga. Hiks. Hanya Allah dapat membalas jasa baikmu.
Undur diri. Assalamu'alaikum :))



sepal
Monday, August 12, 2013@8/12/2013 09:00:00 AM
Assalamualaikum. hem hi

Entah.
ana tahu, ada masa kita gembira, ada masa kita sedih sbb kebahagiaan di dunia ni takkan kekal kecuali kebahagiaan abadi, hakiki.

hati ni.....
sakitnya kalau dicucuk,
sakitnya dicucuk, dicucuk dengan 'orang' bernama Lidah.

tajamnya 'pedang' kau sampai hati ini rasa diri tidak dihargai...
kau kejam!
duri kau.. bagai sepal bunga ros,
sungguh tajam,
tapi kau ternyata lagi tajam.

hati, raja bagi segala anggota badan manusia.
sikit sakit, banyak pula pedihnya.

tetapi, sebenarnya kalau tak ambil hati apa orang kata, boleh je tapi hati ni tetap nak fikir. yelah, terlampau emo. lagi-lagi perempuan.

apalah yang membuatkan kepala ana serabut hem tahlah. serabut, sungguh!

mungkin, ana lemas. lemas dengan dosa sendiri.

ana jealous dengan sahabat-sahabat ana yang bertudung labuh, elok perketinya, baik akhlaknya..
ana nak ikut macam mereka tapi buat apa kalau tuntutan Illahi tidak ditunaikan. pernah berniat tapi ada hamba Allah ni katanya, "nak pakai tudung labuh, macam yang kau nak, kau kena tunaikan apa yang kau wajib buat. jangan tinggal solat, solat mesti on time, jaga akhlak, ikhtilat. jangan buat fitnah agama".

maksud fitnah agama adalah macam tadi lah, tak tinggal solat, elok perangai.

ana bersyukur, ada yang masih ambil berat pasal ana. syukur. alhamdulillah.
itu baru sikit. ana ni bukannya betul sangat. ana bukan pelajar sekolah agama. pelajar sekolah harian biasa je. so, halangan, cabaran orang terima apa kita dakwahkan, sedikit payah tapi jangan pernah rasa putus asa!

"every rose has its thorn". sama juga dengan manusia. lain orang, lain bisanya.

'kau cantik, tapi sayang....bisa kau jerat hati manusia'

*minum Milo*

okay, sejuk sikit hati lepas minum Milo. hahaha.

KESEDIHAN. sembunyikan kesedihanmu...... ceritalah pada yang Satu. manusia ni, entahlah. boleh je nak cerita tapi berpada-pada. ceritalah pada orang yang kita percaya such as ummi, abi ke. takpun, cerita kat atok or nenek :) hehehehe

siapalah diri ni untuk orang nak dengar kata ana. maklumlah, 'kecil' lagi katanya. baiklah, dengar sini;
walau siapapun antara kita, kalau Allah dah gerakkan hati seseorang tu untuk menegur, mesti tegur. tegur cara yang baik. sebab ada juga antara kita dia pantang orang tegur cara kasar nanti lagi melenting maka, tegurlah cara baik in shaa Allah penerimaannya pun baik.

walaupun ana masih 'kecil cili padi', tapi cuba lihat Imam Syafie, beliau kecil-kecil lagi dah hafal al-Quran. kecil lagi dah punyai ilmu yang tinggi. bukan niat ingin membandingkan tetapi ingin jadi seperti beliau. orang zaman sekarang, pantang! pantang ditegur lagi-lagi kalau nak menegur orang lebih tua dari kita.. itu perlukan banyak kesabaran mungkin kata yang dibalas semula pada kita menusuk hati jadi perlulah tegur dengan cara yang berhikmah :)

harap entry ini dapat motivate diri ini & juga pembaca setia....EH. 

ana juga ingin berpesan kepada diri ana sendiri dan juga pembaca, jagalah 'pedang'mu supaya tiada yang bisa tersinggung, in shaa Allah. 

penyakit hati ni susah nak ubat sebab kita taktahu hati orang tu macam mana & so on. apa yang dia rasa, kita takleh nak rasa. kengkadang rasa serba salah kita takleh nak menghayati kesusahan, keperitan, kesakitan orang rasa. apa yang boleh dilakukan cuma doakan untuk dia yang terbaik.

jadi, harini sudah 5 Syawal 1434H. ana ingin menyusun sepuluh jari andai sepanjang ana berblogging ada yang terasa ((tapi itu bagus sebenarnya)) & pape jelah. terima kasih kerana membaca :)

kepada yang ambil spm, bittaufiq wannajah untuk trial next week! tawakkal selepas usaha.

doakan ana untuk PMR 2/10 ni, in shaa Allah. PMR last batch, yushhh! Fighting! Hiks.

Assalamu'alaikum.


konpius bius fius
Monday, August 05, 2013@8/05/2013 10:38:00 PM
Assalamu'alaikum wbt :)

Ah.

Oh kudalam dilema ((ecehhh)) haha no im serious.. as pmr candidate, ceni ah. PMR trial had finished. Yay yay. Yay tu yay lah jugak tapi cam biasa konpius dalam bius dalam fius ((eh pe merepek ni..)) nak pilih & mohon sekolah mana untuk tahun depan. 

Sungguh memeningkan kepala lagi-lagi dengan result yang..herh. result belum papar habis dekat saps tapi hem hem hem. k diam.

k nampak tu nampak? nampak? haih. ni lagi la merunsingkan. ive no idea nak pegi mana tahun depan but certainly a BOARDING SCHOOL. oh pls repeat, BOARDING SCHOOL. Am i deserve for a boarding school? 

to readers that ever asked me to apply MRSM, honestly im not interested in MRSM. huhu. in shaa Allah mungkin SBP :) tapi havent plan where to apply. probably, Sekolah Seri Puteri (SSP)?

pernah tanya Abah boleh tak kalau nak teruskan sambung Bahasa Arab then he said, "ha tak kisahlah. as long as kau boleh bawak pelajaran tu". Abah pun tak kisah. Hem, lagi lah pening kepala. Kalau semua tak kisah, habistu macam mana? 

it's hard to make a right choice. Indeed have to perform solat istikharah. May Allah gives the best answer to me, ameen!

i dont think that ive performed well in pmr trial. & i started to worry. asked my eldest sister, "kalau sbp, dia tgk mana? percubaan ke pmr sebenar?" "tengoklah, kalau pmr trial tak okay, dia tgk pmr sebenar. kalau pmr sebenar tak okay, dia tgk percubaan. depends" OH

from my sister's answer, so i can concluded that ive another chance? in shaa Allah if Allah has made the way for me. nak sambung Bahasa Arab ada je kat Sg. Pusu or KISAS. hem, entahlah. 

this is pmr last batch. of course must do it well! ada je yang menakutkan ana ==' ;
"kau ni PMR last batch, soalan dia mungkin lagi susah daripada tahun-tahun yang lepas"
hem. tak susah sebenarnya soalan kalau BACA BUKU. apa? BACA BUKU. kan?
sebelum cuti raya haritu, semua cikgu pesan;
"jangan raya sakan ye. buku jangan lupa baca"
"ha baca buku cuti ni"
baik, cikgu. baiklah. in shaa Allah akan diusahakan. hihihihi.

Kesudahannya, i had no idea which boarding sch i wanna apply. K

in shaa Allah will decide when it's the time.

Apa yang penting, USAHA. IKHTIAR. TAWAKKAL.
^^v  tak lama lagi nak raya..oh Ramadan bakal meninggalkan kita..

Taktahu lah bakal berjumpa lagi dengan Ramadan tahun hadapan.. sangat sedih dia nak meninggalkan kita. time passes so fast! Ya Allah, let me & all muslim around the world meet Your Ramadan next year..Ameen Ya rabbal alamin..

Sekian. Assalamualaikum.


Kita Umat Akhir Zaman
Saturday, June 22, 2013@6/22/2013 04:27:00 PM
Bismillahhirahmanirahim~ Assalamu'alaikum wbt :) Orang lain semua sibuk membuat persediaan untuk percubaan peperiksaan & bagi batch ana (98's) mesti sibuk membuat persediaan bagi Trial PMR. Dalam kesibukan itu, alhamdulillah dapat lagi ana menulis sebuah entry pada tahun ini~

Sebagai seorang muslim yang telah lahir drpd kecil dikenali "mukallaf" & bagi yang baru memeluk Islam dikenali "muaalaf".

Tipulah kalau seseorang itu masih hidup, dia tidak mempunyai perasaan. Perasaan ni boleh hadir dalam pelbagai cara, sama ada benda tu baik atau tidak. Jika timbul perasaan tidak baik, kalau hati tu dah banyak prasangka perbanyakkanlah berzikir, ingat Allah & ingat mati.. Sebut pasal ingat mati ini, sekarang ini musim jerebu. Tahukah jerebu itu adalah tanda-tanda kecil akhirat....? Tanya iman,

"adakah aku telah bersedia?"
"adakah amalan aku cukup?"
"bersediakah aku berjumpa Rasulullah?"
"adakah Rasulullah mengenalku bahawa aku adalah umatnya?"
Allahu...pelbagai persoalan yang timbul dalam diri.. Sungguh! ana takut jika amalan ana masih tidak cukup.. itu bukan sahaja tidak cukup, ni haa, adakah amalan kita lakukan selama ini Allah terima? SubhanAllah banyak persoalan-persoalan.. Amal soleh ini dikira jika kita mengikut & lakukan dengan sunnah. Jika tidak mengikut sunnah, itu bukan dikira amal soleh.

Ana ingin berkongsi tentang sebuah firman Allah & sebuah hadith. Ini juga penting. Berkenaan juga dengan Syurga dgn tidak masuk Syurga. Mai sini ceq habaq mai (tegur andai ana salah ya)

Allah berfirman;

Maksudnya: “(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan-jika kamu dapat memegang kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?. (Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.” (Surah Muhammad: Ayat 22-23)

Dapat ana terangkan di sini adalah, memutuskan hubungan silaturrahim adalah BERDOSA BESAR (HARAM) & dikira seperti melakukan maksiat besar sehingga mendapat laknat daripada Allah S.W.T.

Nabi kita iaitu Muhammad SAW juga bersabda;

Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadits riwayat Muslim)

Orang yang memutuskan hubungan silaturrahim tidak masuk Syurga.. Ya Allah, kumohon agar dalam kalangan kita ini dijauhi perbuatan laknat ini, Ya Allah. Allahumma Ameen. InsyaAllah.

Sebenarnya sangat panjang bagi penjelasan memutuskan silaturrahim ni tapi maaf jika ada sesuatu yang ana tertinggal/tak sebut.

Semua orang ada masalah..termasuk juga ana.


Yang penting kita perlu pandai uruskan masalah tu. Masalah ni pun tak perlu rasanya diceritakan secara umum. Orang boleh baca. Cukup sekadar meluahkan pada orang yang kita percaya & paling mujarab sekali, luahkan pada Yang Maha Esa, Allah SWT.

Ubatlah hati....masalah hati ni paling susah sekali sebab hati ini adalah raja dalam diri. Jika kita didik dia dengan baik, insyaAllah baiklah jadinya (zikir dll).

Andai dalam hati ini kita ada orang yang kita tidak maafkan dia lagi, maafkanlah~

Andai dalam hati ini banyak prasangka, hasad dengki, bersihkanlah~
Andai dalam hati ini masih lagi terngiang-ngiang orang tu buat salah kat kita walaupun kita telah maafkan dia, lupakanlah~


 Just FORGIVE & FORGET.
Kerana apa ana tekankan semua itu? kerana jika kita ni masih tidak memaafkan, tidak melupakan, apa reaksi kita kalau ada orang yang tidak maafkan & tidak melupakan kesalahan kita buat kat dia? 
Takda benda sangatlah nak lupakan benda tu. Umat akhir zaman sememangnya ada 3 benda tu;
 i) prasangka
ii) hasad dengki
iii) kepercayaan sial

Jadi? Kalau kita dah tahu benda ni, takkan nak buat jugak kot? InsyaAllah, moga2 kita dijauhkan dari semua itu. Allahumma Ameen.
Bagaimana nak menjauhkan dari semua tu? "Apabila berhasad dengki, mintalah ampun, apabila berprasangka janganlah diteruskan dan apabila mempercayai yang tidak sepatutnya hendaklah dihapuskan" :)
 "BURUK SANGKA TANDA HATI ROSAK
Itulah sedikit sebanyak dapat ana ungkapkan..
Jika ana ada kesilapan, mohon ditegur ya. Semoga entry ini bermanfaat untuk semua. Marilah sama-sama mencari saham akhirat :)

Semoga dapat mengeratkan silaturahim ^^v

>>>>>>>>Twitter <<<<<<<<<< >>>>>>>>Ask.fm<<<<<<<<<

Sebelum mengundur diri, ana aasif andai sepanjang pembaca membaca post ini ada tersinggung dgn kata-kata ana. ana minta maaf dari hujung rambut hingga hujung jari :)

Sekian, Assalamualaikum wbt :))))))


Page 2 of 365
Wednesday, January 02, 2013@1/02/2013 05:12:00 PM


Assalamu'alaikum warahmatullah hiwabarokatuh, readers. Today is 2nd of January 2013. And today is the first day of school session!

Baju baru, semua baru. Seronok kan? Seronok, seronok jugak. Belajar. Ilmu tu penting. Ilmu tu dituntut dalam Islam. Kita sebagai umat Islam WAJIB menuntut ilmu. Today is another page; 2 of 365 pages.

Tadi ana pergi sekolah, hm semua kawan-kawan ana yang sekolah petang, dah naik pagi. Biasalah. Form 3 memang pagi. Sampai ana di sekolah, ana terus ke kantin nak cari Atiqah dan Ain sebab dorang tunggu ana. Ana sampai kat kantin je, dorang takda. Sakit hati. Lol. Ana jumpa Shameera dan Puteri je. Pastu pengawas semua kena pergi perhimpunan. Yelah, jam dah 7.20 pagi.

Dekat perhimpunan, baru ana jumpa Atiqah dan Ain. heh. Azureen dan Shameera baru dilantik pengawas disiplin. Haha. Awkward jugak tengok dorang pakai baju biru >.< Comel je. Hikhik. Pastu ada senior kata kena susun kerusi for perhimpunan nak bermula. Ana tak buat apa-apa pun sebab ana tak pernah buat selama ana jadi pengawas ni. Mana taknya, tahun lepas ana nak buat, semua dah siap. Senior dah buat. Tahun ni macam berterabur sikit. Semua tak siap. Ana tengok je lah. Borak dengan sahabat ana yang lain. haha (macam tak leh harap je). Hehehehe

Perhimpunan tu ana rasa macam sekejap je. Ana dok jaga pelajar-pelajar semua. Suruh senyap. Tapi, mulutttttttttttttttt dorang tuuuuuuuuuuuuuuuu! Takleh nak senyap. Semua benda nak cerita! Tahulah first day. Macam dalam kelas tak leh sambung cakap pulak. Heh. Sabar je -__-

Dah masuk kelas, macam biasalah. Atiqah dan Ain jadi jiran. Hehe. Kami duduk bertiga. Paling seronok, tempat kitorang strategik! Bawah kipas. Hahaha. Kemudian, nak lantik jawatan dalam kelas;

Ketua Kelas: Saiyyidil
Penolong Kelas: Fatin Farhana
Setiausaha: Atiqah
Bendahari: Hafizah
Ketua Kebersihan/Penolong Kebersihan: Ikmal/Azureen

Ketua mata pelajaran Geografi, Formen (KHB), Bendahari dan pengawas disiplin itu semua sahabat-sahabat ana amanahkan untuk ana. Sebut pasal amanah, ana nak pesan kepada diri ana dan juga pembaca. Amanah ini benda PALING BERAT dalam dunia ni. SubhanaAllah.. Maksud sabda Rasulullah SAW:

 "TIDAK SEMPURNA IMAN BARANGSIAPA YANG TIDAK AMANAH DAN TIDAK SEMPURNA AGAMANYA YANG TIDAK MENUNAIKAN JANJI"
(Hadith Riwayat Ahmad)

Semoga kita dijauhkan dari sifat-sifat mazmumah itu semua. Ameen Ya Rabbal Alamin. Siapa tidak takut Allah? Siapa berani lawan Allah? Jangan sesekali kita umat Islam melawan Allah. In shaa Allahurabbi kita dijauhkan daripada sifat-sifat sebegitu. Jauhilah kami umat Islam daripada melakukan perkara mungkar dan perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan-Mu, Ya Allah Ya Rahman......Ameen Ya Rabbal Alamin.

Ingat! Hidup ni sementara je di dunia. Yang kekal adalah semasa di akhirat. Jangan hanya mengimpikan SYURGA tetapi berusahalah untuk mendapatkan SYURGA ALLAH SWT :)

Ana ada rujuk dan baca blog artikel ni, sudi baca ye :) http://tayibah.com/eIslam/siksaan.htm dan http://www.muamalat.com.my/downloads/media-room/articles/laman-tafaqquh/Laman%20Tafaqquh%20-%20Amanah.pdf

Lastly, ana rasa bersyukur AlhamdulillahiRobbilAlamin kerana ada orang percayakan ana. Terima kasih kepada siapa yang telah mencalonkan ana. In shaa Allahurabbi ana akan jalankan tugas ana :)

Sekian, Lillahi Ta'ala. Assalamu'alaikum warahmatullah hiwabarokatuh

Semoga kita dapat megeratkan silaturrahim ^^v;




~La Tahzan Innallaha ma'ana~
Sunday, December 30, 2012@12/30/2012 12:19:00 AM
Assalamu'alaikum, sahabat-sahabatku, harap dalam keadaan baik dan sihat in shaa Allah.


Bagi sesiapa yang bersedih hati, bersabarlah wahai sahabat....

Ini semua ujian dari Allah s.w.t.

Mungkin di sebalik kesedihan, keperitan, kepedihan dan kesakitan ini,

Ada RAHMAT yang terselindung, ada HIKMAH tersembunyi....

Siapa tahu, ini semua tanda Allah menyayangi kita.

Allah nak bagi bonus iaitu 'bonus amanah saham akhirat'.

Maka kita semua perlu tahu yang orang ditimpa ujian itu tanda mendapat perhatian daripada Allah. Tidak mahukah kita mendapat perhatian Allah ? Semua mahu. Kan ? :)

Kita redha dengan ujian Allah. Semakin kita redha dengan pemberianNya, semakin banyaklah pelaburan kita di sana nanti (akhirat).
_________________________________________________________________________________

Dugaan Allah itu datang dalam pelbagai bentuk, macam kita sekarang juga, mahukan sesuatu mestilah berusaha untuk dapatkan apa yang kita mahu. Jadi, mahukan kasih sayang dan perhatian daripada Allah ? Kita kenalah redha.......

In shaa Allah mesti ada rahmat dan nikmat di sebalik ujian pemberianNya.

Bersabarlah, berdoa dan bertawakkal kepada Allah. In shaa Allah. Sesungguhnya, Allah itu Maha Mendengar....... Allah itu Maha Mulia :')
_________________________________________________________________________________

Allah SWT berfirman;

'Adakan patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orangnya yang beriman yang ada besertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah (Islam) )'

(Surah Al-Baqarah: Ayat 214)
_________________________________________________________________________________

Jadi,

'SABARLAH, WAHAI HAMBA ALLAH SWT'
'SABARLAH, WAHAI UMAT RASULULLAH SAW'
'SABARLAH, WAHAI IMAN'
'SABARLAH, WAHAI HATI'
'SABARLAH, WAHAI SAHABATKU'

Sekian, Lillahhi Ta'ala. Assalamu'alaikum warahmatullah hiwabarokatuh :')