Assalamu'alaikum, ahlas wasahlan! Don't forget to leave your footprints here :)
Islam Syumul ;
TWITTER ASK.FM INSTAGRAM I INSTAGRAM II TUMBLR

profile chat entries credits +follow home


-


Page 2 of 365
Wednesday, January 02, 2013@1/02/2013 05:12:00 PM


Assalamu'alaikum warahmatullah hiwabarokatuh, readers. Today is 2nd of January 2013. And today is the first day of school session!

Baju baru, semua baru. Seronok kan? Seronok, seronok jugak. Belajar. Ilmu tu penting. Ilmu tu dituntut dalam Islam. Kita sebagai umat Islam WAJIB menuntut ilmu. Today is another page; 2 of 365 pages.

Tadi ana pergi sekolah, hm semua kawan-kawan ana yang sekolah petang, dah naik pagi. Biasalah. Form 3 memang pagi. Sampai ana di sekolah, ana terus ke kantin nak cari Atiqah dan Ain sebab dorang tunggu ana. Ana sampai kat kantin je, dorang takda. Sakit hati. Lol. Ana jumpa Shameera dan Puteri je. Pastu pengawas semua kena pergi perhimpunan. Yelah, jam dah 7.20 pagi.

Dekat perhimpunan, baru ana jumpa Atiqah dan Ain. heh. Azureen dan Shameera baru dilantik pengawas disiplin. Haha. Awkward jugak tengok dorang pakai baju biru >.< Comel je. Hikhik. Pastu ada senior kata kena susun kerusi for perhimpunan nak bermula. Ana tak buat apa-apa pun sebab ana tak pernah buat selama ana jadi pengawas ni. Mana taknya, tahun lepas ana nak buat, semua dah siap. Senior dah buat. Tahun ni macam berterabur sikit. Semua tak siap. Ana tengok je lah. Borak dengan sahabat ana yang lain. haha (macam tak leh harap je). Hehehehe

Perhimpunan tu ana rasa macam sekejap je. Ana dok jaga pelajar-pelajar semua. Suruh senyap. Tapi, mulutttttttttttttttt dorang tuuuuuuuuuuuuuuuu! Takleh nak senyap. Semua benda nak cerita! Tahulah first day. Macam dalam kelas tak leh sambung cakap pulak. Heh. Sabar je -__-

Dah masuk kelas, macam biasalah. Atiqah dan Ain jadi jiran. Hehe. Kami duduk bertiga. Paling seronok, tempat kitorang strategik! Bawah kipas. Hahaha. Kemudian, nak lantik jawatan dalam kelas;

Ketua Kelas: Saiyyidil
Penolong Kelas: Fatin Farhana
Setiausaha: Atiqah
Bendahari: Hafizah
Ketua Kebersihan/Penolong Kebersihan: Ikmal/Azureen

Ketua mata pelajaran Geografi, Formen (KHB), Bendahari dan pengawas disiplin itu semua sahabat-sahabat ana amanahkan untuk ana. Sebut pasal amanah, ana nak pesan kepada diri ana dan juga pembaca. Amanah ini benda PALING BERAT dalam dunia ni. SubhanaAllah.. Maksud sabda Rasulullah SAW:

 "TIDAK SEMPURNA IMAN BARANGSIAPA YANG TIDAK AMANAH DAN TIDAK SEMPURNA AGAMANYA YANG TIDAK MENUNAIKAN JANJI"
(Hadith Riwayat Ahmad)

Semoga kita dijauhkan dari sifat-sifat mazmumah itu semua. Ameen Ya Rabbal Alamin. Siapa tidak takut Allah? Siapa berani lawan Allah? Jangan sesekali kita umat Islam melawan Allah. In shaa Allahurabbi kita dijauhkan daripada sifat-sifat sebegitu. Jauhilah kami umat Islam daripada melakukan perkara mungkar dan perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan-Mu, Ya Allah Ya Rahman......Ameen Ya Rabbal Alamin.

Ingat! Hidup ni sementara je di dunia. Yang kekal adalah semasa di akhirat. Jangan hanya mengimpikan SYURGA tetapi berusahalah untuk mendapatkan SYURGA ALLAH SWT :)

Ana ada rujuk dan baca blog artikel ni, sudi baca ye :) http://tayibah.com/eIslam/siksaan.htm dan http://www.muamalat.com.my/downloads/media-room/articles/laman-tafaqquh/Laman%20Tafaqquh%20-%20Amanah.pdf

Lastly, ana rasa bersyukur AlhamdulillahiRobbilAlamin kerana ada orang percayakan ana. Terima kasih kepada siapa yang telah mencalonkan ana. In shaa Allahurabbi ana akan jalankan tugas ana :)

Sekian, Lillahi Ta'ala. Assalamu'alaikum warahmatullah hiwabarokatuh

Semoga kita dapat megeratkan silaturrahim ^^v;