Kita Umat Akhir ZamanSaturday, June 22, 2013@6/22/2013 04:27:00 PM
Bismillahhirahmanirahim~ Assalamu'alaikum wbt :) Orang lain semua sibuk membuat persediaan untuk percubaan peperiksaan & bagi batch ana (98's) mesti sibuk membuat persediaan bagi Trial PMR. Dalam kesibukan itu, alhamdulillah dapat lagi ana menulis sebuah entry pada tahun ini~
Sebagai seorang muslim yang telah lahir drpd kecil dikenali "mukallaf" & bagi yang baru memeluk Islam dikenali "muaalaf".
Tipulah kalau seseorang itu masih hidup, dia tidak mempunyai perasaan. Perasaan ni boleh hadir dalam pelbagai cara, sama ada benda tu baik atau tidak. Jika timbul perasaan tidak baik, kalau hati tu dah banyak prasangka perbanyakkanlah berzikir, ingat Allah & ingat mati.. Sebut pasal ingat mati ini, sekarang ini musim jerebu. Tahukah jerebu itu adalah tanda-tanda kecil akhirat....? Tanya iman,
Ana ingin berkongsi tentang sebuah firman Allah & sebuah hadith. Ini juga penting. Berkenaan juga dengan Syurga dgn tidak masuk Syurga. Mai sini ceq habaq mai (tegur andai ana salah ya)
Allah berfirman;
Dapat ana terangkan di sini adalah, memutuskan hubungan silaturrahim adalah BERDOSA BESAR (HARAM) & dikira seperti melakukan maksiat besar sehingga mendapat laknat daripada Allah S.W.T.
Nabi kita iaitu Muhammad SAW juga bersabda;
Orang yang memutuskan hubungan silaturrahim tidak masuk Syurga.. Ya Allah, kumohon agar dalam kalangan kita ini dijauhi perbuatan laknat ini, Ya Allah. Allahumma Ameen. InsyaAllah.
Sebenarnya sangat panjang bagi penjelasan memutuskan silaturrahim ni tapi maaf jika ada sesuatu yang ana tertinggal/tak sebut.
Semua orang ada masalah..termasuk juga ana.
Yang penting kita perlu pandai uruskan masalah tu. Masalah ni pun tak perlu rasanya diceritakan secara umum. Orang boleh baca. Cukup sekadar meluahkan pada orang yang kita percaya & paling mujarab sekali, luahkan pada Yang Maha Esa, Allah SWT.
Ubatlah hati....masalah hati ni paling susah sekali sebab hati ini adalah raja dalam diri. Jika kita didik dia dengan baik, insyaAllah baiklah jadinya (zikir dll).
i) prasangka
ii) hasad dengki
iii) kepercayaan sial
Jadi? Kalau kita dah tahu benda ni, takkan nak buat jugak kot? InsyaAllah, moga2 kita dijauhkan dari semua itu. Allahumma Ameen.
Bagaimana nak menjauhkan dari semua tu? "Apabila berhasad dengki, mintalah ampun, apabila berprasangka janganlah diteruskan dan apabila mempercayai yang tidak sepatutnya hendaklah dihapuskan" :)
Jika ana ada kesilapan, mohon ditegur ya. Semoga entry ini bermanfaat untuk semua. Marilah sama-sama mencari saham akhirat :)
Semoga dapat mengeratkan silaturahim ^^v
>>>>>>>>Twitter <<<<<<<<<< >>>>>>>>Ask.fm<<<<<<<<<
Sebelum mengundur diri, ana aasif andai sepanjang pembaca membaca post ini ada tersinggung dgn kata-kata ana. ana minta maaf dari hujung rambut hingga hujung jari :)
Sekian, Assalamualaikum wbt :))))))

"adakah aku telah bersedia?"
"adakah amalan aku cukup?"
"bersediakah aku berjumpa Rasulullah?"
"adakah Rasulullah mengenalku bahawa aku adalah umatnya?"Allahu...pelbagai persoalan yang timbul dalam diri.. Sungguh! ana takut jika amalan ana masih tidak cukup.. itu bukan sahaja tidak cukup, ni haa, adakah amalan kita lakukan selama ini Allah terima? SubhanAllah banyak persoalan-persoalan.. Amal soleh ini dikira jika kita mengikut & lakukan dengan sunnah. Jika tidak mengikut sunnah, itu bukan dikira amal soleh.
Ana ingin berkongsi tentang sebuah firman Allah & sebuah hadith. Ini juga penting. Berkenaan juga dengan Syurga dgn tidak masuk Syurga. Mai sini ceq habaq mai (tegur andai ana salah ya)
Allah berfirman;
Maksudnya: “(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan-jika kamu dapat memegang kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?. (Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.” (Surah Muhammad: Ayat 22-23)
Dapat ana terangkan di sini adalah, memutuskan hubungan silaturrahim adalah BERDOSA BESAR (HARAM) & dikira seperti melakukan maksiat besar sehingga mendapat laknat daripada Allah S.W.T.
Nabi kita iaitu Muhammad SAW juga bersabda;
Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadits riwayat Muslim)
Orang yang memutuskan hubungan silaturrahim tidak masuk Syurga.. Ya Allah, kumohon agar dalam kalangan kita ini dijauhi perbuatan laknat ini, Ya Allah. Allahumma Ameen. InsyaAllah.
Sebenarnya sangat panjang bagi penjelasan memutuskan silaturrahim ni tapi maaf jika ada sesuatu yang ana tertinggal/tak sebut.
Semua orang ada masalah..termasuk juga ana.
Yang penting kita perlu pandai uruskan masalah tu. Masalah ni pun tak perlu rasanya diceritakan secara umum. Orang boleh baca. Cukup sekadar meluahkan pada orang yang kita percaya & paling mujarab sekali, luahkan pada Yang Maha Esa, Allah SWT.
Ubatlah hati....masalah hati ni paling susah sekali sebab hati ini adalah raja dalam diri. Jika kita didik dia dengan baik, insyaAllah baiklah jadinya (zikir dll).
Andai dalam hati ini kita ada orang yang kita tidak maafkan dia lagi, maafkanlah~
Andai dalam hati ini banyak prasangka, hasad dengki, bersihkanlah~
Andai dalam hati ini masih lagi terngiang-ngiang orang tu buat salah kat kita walaupun kita telah maafkan dia, lupakanlah~
Just FORGIVE & FORGET.
Kerana apa ana tekankan semua itu? kerana jika kita ni masih tidak memaafkan, tidak melupakan, apa reaksi kita kalau ada orang yang tidak maafkan & tidak melupakan kesalahan kita buat kat dia?Takda benda sangatlah nak lupakan benda tu. Umat akhir zaman sememangnya ada 3 benda tu;
i) prasangka
ii) hasad dengki
iii) kepercayaan sial
Jadi? Kalau kita dah tahu benda ni, takkan nak buat jugak kot? InsyaAllah, moga2 kita dijauhkan dari semua itu. Allahumma Ameen.
Bagaimana nak menjauhkan dari semua tu? "Apabila berhasad dengki, mintalah ampun, apabila berprasangka janganlah diteruskan dan apabila mempercayai yang tidak sepatutnya hendaklah dihapuskan" :)
Itulah sedikit sebanyak dapat ana ungkapkan.."BURUK SANGKA TANDA HATI ROSAK"