Assalamu'alaikum, ahlas wasahlan! Don't forget to leave your footprints here :)
Islam Syumul ;
TWITTER ASK.FM INSTAGRAM I INSTAGRAM II TUMBLR

profile chat entries credits +follow home


-


sepal
Monday, August 12, 2013@8/12/2013 09:00:00 AM
Assalamualaikum. hem hi

Entah.
ana tahu, ada masa kita gembira, ada masa kita sedih sbb kebahagiaan di dunia ni takkan kekal kecuali kebahagiaan abadi, hakiki.

hati ni.....
sakitnya kalau dicucuk,
sakitnya dicucuk, dicucuk dengan 'orang' bernama Lidah.

tajamnya 'pedang' kau sampai hati ini rasa diri tidak dihargai...
kau kejam!
duri kau.. bagai sepal bunga ros,
sungguh tajam,
tapi kau ternyata lagi tajam.

hati, raja bagi segala anggota badan manusia.
sikit sakit, banyak pula pedihnya.

tetapi, sebenarnya kalau tak ambil hati apa orang kata, boleh je tapi hati ni tetap nak fikir. yelah, terlampau emo. lagi-lagi perempuan.

apalah yang membuatkan kepala ana serabut hem tahlah. serabut, sungguh!

mungkin, ana lemas. lemas dengan dosa sendiri.

ana jealous dengan sahabat-sahabat ana yang bertudung labuh, elok perketinya, baik akhlaknya..
ana nak ikut macam mereka tapi buat apa kalau tuntutan Illahi tidak ditunaikan. pernah berniat tapi ada hamba Allah ni katanya, "nak pakai tudung labuh, macam yang kau nak, kau kena tunaikan apa yang kau wajib buat. jangan tinggal solat, solat mesti on time, jaga akhlak, ikhtilat. jangan buat fitnah agama".

maksud fitnah agama adalah macam tadi lah, tak tinggal solat, elok perangai.

ana bersyukur, ada yang masih ambil berat pasal ana. syukur. alhamdulillah.
itu baru sikit. ana ni bukannya betul sangat. ana bukan pelajar sekolah agama. pelajar sekolah harian biasa je. so, halangan, cabaran orang terima apa kita dakwahkan, sedikit payah tapi jangan pernah rasa putus asa!

"every rose has its thorn". sama juga dengan manusia. lain orang, lain bisanya.

'kau cantik, tapi sayang....bisa kau jerat hati manusia'

*minum Milo*

okay, sejuk sikit hati lepas minum Milo. hahaha.

KESEDIHAN. sembunyikan kesedihanmu...... ceritalah pada yang Satu. manusia ni, entahlah. boleh je nak cerita tapi berpada-pada. ceritalah pada orang yang kita percaya such as ummi, abi ke. takpun, cerita kat atok or nenek :) hehehehe

siapalah diri ni untuk orang nak dengar kata ana. maklumlah, 'kecil' lagi katanya. baiklah, dengar sini;
walau siapapun antara kita, kalau Allah dah gerakkan hati seseorang tu untuk menegur, mesti tegur. tegur cara yang baik. sebab ada juga antara kita dia pantang orang tegur cara kasar nanti lagi melenting maka, tegurlah cara baik in shaa Allah penerimaannya pun baik.

walaupun ana masih 'kecil cili padi', tapi cuba lihat Imam Syafie, beliau kecil-kecil lagi dah hafal al-Quran. kecil lagi dah punyai ilmu yang tinggi. bukan niat ingin membandingkan tetapi ingin jadi seperti beliau. orang zaman sekarang, pantang! pantang ditegur lagi-lagi kalau nak menegur orang lebih tua dari kita.. itu perlukan banyak kesabaran mungkin kata yang dibalas semula pada kita menusuk hati jadi perlulah tegur dengan cara yang berhikmah :)

harap entry ini dapat motivate diri ini & juga pembaca setia....EH. 

ana juga ingin berpesan kepada diri ana sendiri dan juga pembaca, jagalah 'pedang'mu supaya tiada yang bisa tersinggung, in shaa Allah. 

penyakit hati ni susah nak ubat sebab kita taktahu hati orang tu macam mana & so on. apa yang dia rasa, kita takleh nak rasa. kengkadang rasa serba salah kita takleh nak menghayati kesusahan, keperitan, kesakitan orang rasa. apa yang boleh dilakukan cuma doakan untuk dia yang terbaik.

jadi, harini sudah 5 Syawal 1434H. ana ingin menyusun sepuluh jari andai sepanjang ana berblogging ada yang terasa ((tapi itu bagus sebenarnya)) & pape jelah. terima kasih kerana membaca :)

kepada yang ambil spm, bittaufiq wannajah untuk trial next week! tawakkal selepas usaha.

doakan ana untuk PMR 2/10 ni, in shaa Allah. PMR last batch, yushhh! Fighting! Hiks.

Assalamu'alaikum.